Monday, October 5, 2009

JAMBORI DIUDARA PENGAKAP DUNIA

JAMBORI DI UDARA PENGAKAP DUNIA KE-52
52nd World Scout JOTA

Stesen JOTA PPM Daerah Sungai Besar
Callsign : 9M4SJB
Tarikh : 17 - 18 Oktober 2009
Lokasi : S.M.K. Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Selangor


Jambori Di Udara/Jamboree On The Air - JOTA - adalah aktiviti tahunan ahli pengakap dari seluruh dunia dapat berhubung melalui Radio Amateur atau Ham Radio. Melalui JOTA ini ahli pengakap dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman. Sejak tahun 1958, iaitu apabila JOTA pertama diadakan dan sehingga kini, berjuta ahli pengakap dari seluruh dunia telah dapat berhubung dan berkenalan melalui aktiviti ini, Ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam JOTA dapat berhubung tanpa mengira umur, bilangan peserta dan sebagainya. Pada kebiasaannya stesen radio dikendalikan oleh pengendali yang berlesen. Kebanyakkan pemimpin pengakap telah memiliki lesen dan mempunyai stesen radio masing-masing. Pada lazimnya JOTA akan diadakan pada minggu ketiga bulan Oktober setiap tahun JOTA akan bermula pada pagi hari Sabtu sehingga malam hari Ahad.

Kini, JOTA Pengakap Dunia masuk tahun ke-52. Sempena itu, PPM Sungai Besar, turut merancang bagi memeriahkan JOTA kali ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli pengakap. Pemimpin dan peserta diharap dapat datang pada masa yang ditetapkan supaya aktiviti JOTA dapat dijalankan seperti yang dirancang.