Monday, September 3, 2012

LAMA TAK EDIT

LAMA TAK EDIT BLOG , APA -APA PUN TERIMA KASIH UNTUK YANG SUDI MENGUNJUNG BLOG INI. TK

Monday, March 28, 2011

KURSUS MANIK KAYU PERINGKAT 1 PEJABAT PELAJARAN SABAK BERNAM

PESERTA KURSUS MANIK KAYU PERINGKAT 1 ( PENERANGAN )
PEJABAT PELAJARAN DEARAH SABAK BERNAM
PADA 10 MAC 2011

Monday, December 20, 2010

KEMALANGAN NGERI DI SIMPANG PULAI

Ngeri Punyer-Kemalangan Bas Di Simpang Pulai (Gambar/Video)

December 20, 2010 ·
Lagi kemalangan melibatkan bas persiaran di laluan Simpang Pulai Cameron Highlands.Sebelum ini sudah banyak kali kemalangan yang serupa begini berlaku.Di mana pihak berwajib dan apa yang telah mereka lakukan untuk masalah yang sering kali berlaku terutama masa musim cuti sekolah.
IPOH: Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.
Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.
Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.
Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA
Video daripada Harian Metro Online




video

Tuesday, October 12, 2010

Video Kemalangan Maut Simpang Empat, Melaka

video

Senarai Nama 12 Mangsa Maut Kemalangan

Senarai Nama 12 Yang Maut Kemalangan 10.10.10


MELAKA - Berikut adalah nama 12 mangsa yang terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.

Polis melaporkan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.

Mangsa tersebut ialah:


Pemandu bas ekspres
1)R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;
Penumpang bas ekspres
2) Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim;
3) Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas;
4) Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar;
5) Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana;
6) Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga

Tiga lelaki warga Myanmar
7) Pau Khan Tual, 21;
8) Kam Khaw Tual, 28
9) Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui),
(kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).

10) Pemandu van, Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat,
11) Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57,
12) Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki). - Bernama

Kemalangan Ngeri Di Simpang Empat Melaka

Kemalangan 10.10.10

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.
Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.
Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.
Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.-BERNAMA





































p/s: 10.10.10 SEBUAH TARIKH YANG CANTIK AKHIRNYA TERJADI SATU TRAGEDI YANG AMAT MENYAYAT HATI. SEMOGA YANG TELAH PERGI DITEMPATKAN DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.