Tuesday, October 12, 2010
Senarai Nama 12 Mangsa Maut Kemalangan
Senarai Nama 12 Yang Maut Kemalangan 10.10.10

MELAKA - Berikut adalah nama 12 mangsa yang terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.
Polis melaporkan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.
Mangsa tersebut ialah:
Pemandu bas ekspres
1)R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;
Penumpang bas ekspres
2) Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim;
3) Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas;
4) Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar;
5) Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana;
6) Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga
Tiga lelaki warga Myanmar
7) Pau Khan Tual, 21;
8) Kam Khaw Tual, 28
9) Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui),
(kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).
10) Pemandu van, Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat,
11) Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57,
12) Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki). - Bernama
Sunday, September 5, 2010
Pengurus Astra Kawasan Tengah Kemalangan- 9w2mdy
9W2MDY TERLIBAT DALAM KEMALANGAN
aslkm,pagi-pagi telefon ku berdering(sms) dari rakan ,pak madi(9w2mdy) terlibat dalam kemalangan di shah alam,semalam baru je jumpa kat club house astra tengah.terkejut jgk aku...lps hantar xyl,terus aku gerak ke hospital klang..alhamdullilah pak madi selamat walaupun 3 tulang rusuk retak.kemalangan melibatkan 3 rakan ,kereta yg dipandu 9w2BGQ,penumpang 9W2MDY dan 9W2DNO,di shah alam menuju ke umah pak madi,bertembung dgn 4x4 trinton yg dtg dari arah bertentangan..9W2DNO dan 9W2BGQ dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang kerumah,pak madi masih lagi di hospital klang wad 3B katil.sama-sama kita berdoa agar pak madi cepat sembuh....dan kembali ceria,AMIN.......73
Thursday, September 2, 2010
Monday, August 16, 2010
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA 1431H/2010M
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
Tahun 1431H/2010M
Tahun 1431H/2010M
Sumber: Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan, Jakim
Friday, July 16, 2010
SUMBANGAN KEBAJIKAN
Berita Kebajikan - Mohon sumbangan dan prihatin rakan-rakan.


ASTRA WILAYAH TENGAH baru mendapat berita bahawa seorang rakan ham kita iaitu Saudara Mohd Hamizi bin Mohd Ariffin callsign 9W2ZEY (keahlian ASTRA #0374) baru ditimpa musibah. Kediaman beliau dan keluarga di No. 11, Tmn. Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor telah hangus dalam satu kebakaran pada 11hb Julai 2010 baru-baru ini. Alhamdulillah, beliau dan keluarga terselamat tetapi kediaman dan segala barang-barang dan dokumen penting beliau hilang 100% dalam kebakaran tersebut.
Lihat disini: http://www.youtube.com/watch?v=FY7HjwB4HcM&feature=player_embedded
Dengan ini ASTRA WILAYAH TENGAH melancarkan kutipan derma kilat bagi membantu saudara kita 9W2ZEY agar dapat meringankan beban yang ditanggung beliau. Segala sumbangan wang ringgit boleh disalur terus kepada akaun bank beliau seperti di bawah:
Nama: Mohd Hamizi bin Mohd Ariffin
Akaun: 112380222686
Bank: Maybank Berhad
Jika anda berhajat menderma barangan atau mendapat keterangan lanjut, bolehlah menghubungi beliau di talian 012-6409537.
Sekian, terima kasih.
"DARI AMATUR UNTUK AMATUR... BERSAHABAT DI UDARA, BERPIJAK DIBUMI NYATA"
Sunday, June 27, 2010
9w2KMT Kembali Kerahmatullah
27/06/2010 - BERITA KEBAJIKAN (SILENT KEY)
Berita Terkini:
Pada pukul 9:00am, jenazah sedang dimandikan, seterusnya akan dikapankan. Setelah di sembahyangkan, jenazah akan di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Api-Api, Kuala Selangor pagi ini juga dalam pukul 10:00 - 11:00am.
Kepada mana-mana rakan yang ingin berziarah, bolehlah menghubungi:
SWL Zahir (Harmonic 9W2KMT) - 014-2272404
Sumbangan boleh disalur terus ke akaun XYL beliau seperti di bawah:
Nama : Ustazah Zabedah bt. Mohd Daim
No. Akaun: 12010020371710
Bank : Bank Islam Berhad, Klang
Subscribe to:
Posts (Atom)



