Friday, July 16, 2010

SUMBANGAN KEBAJIKAN

Berita Kebajikan - Mohon sumbangan dan prihatin rakan-rakan.




ASTRA WILAYAH TENGAH baru mendapat berita bahawa seorang rakan ham kita iaitu Saudara Mohd Hamizi bin Mohd Ariffin callsign 9W2ZEY (keahlian ASTRA #0374) baru ditimpa musibah. Kediaman beliau dan keluarga di No. 11, Tmn. Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor telah hangus dalam satu kebakaran pada 11hb Julai 2010 baru-baru ini. Alhamdulillah, beliau dan keluarga terselamat tetapi kediaman dan segala barang-barang dan dokumen penting beliau hilang 100% dalam kebakaran tersebut.

Lihat disini: http://www.youtube.com/watch?v=FY7HjwB4HcM&feature=player_embedded

Dengan ini ASTRA WILAYAH TENGAH melancarkan kutipan derma kilat bagi membantu saudara kita 9W2ZEY agar dapat meringankan beban yang ditanggung beliau. Segala sumbangan wang ringgit boleh disalur terus kepada akaun bank beliau seperti di bawah:

Nama: Mohd Hamizi bin Mohd Ariffin
Akaun: 112380222686
Bank: Maybank Berhad

Jika anda berhajat menderma barangan atau mendapat keterangan lanjut, bolehlah menghubungi beliau di talian 012-6409537.

Sekian, terima kasih.

"DARI AMATUR UNTUK AMATUR... BERSAHABAT DI UDARA, BERPIJAK DIBUMI NYATA"

No comments: