Wednesday, June 9, 2010

SUMBANGAN IKHLAS BUAT KELUARGA 9W2ZKI -MOHD ZUKI

Sumbangan
Ikhlas Kepada Keluarga 9W2ZKI Saudara Mohd Zuki



...



"Dan Kami pasti akan
menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa
dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka
mengucapkan “Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun”. Mereka itulah yang
memperoleh keampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah
orang-orang yang mendapat petunjuk".(Al-Baqarah: 155-157)

Salam sejahtera,

ASTRA
Wilayah Tengah menganjurkan kutipan derma kilat untuk
membantu 9W2ZKI Saudara Mohd Zuki, base station Sg. Besar, bagi
mengurangkan bebanan yang ditanggung beliau.

Dalam kemalangan
yang berlaku pada 11.00pagi hari Sabtu 5/6/2010, XYL beliau kemalangan
jatuh motorsikal bersama 2 harmonik beliau. XYL beliau yang cedera parah
di kepala telah dikejarkan ke Hospital T.A. Rahimah, Klang, harmonik
lelaki berusia 6 tahun yang cedera parah di perut di hantar ke Hospital
Teluk Intan dan harmonik perempuan berusia 3 tahun menerima rawatan
pesakit luar di Hospital Sabak Bernam.

Setelah berbagai usaha
pihak hospital menyelamatkannya gagal, XYL beliau telah menghembuskan
nafas terakhir pada 6.00pagi Ahad 6/6/2010 . Jenazahnya telah selamat
dikebumikan pada hari yang sama di tanah perkuburan Kg. Sg. Haji Dorani,
Sg. Besar. Pada hari yang sama, harmonik lelaki beliau menjalani
pembedahan di perut dan selesai pada 10:30malam dan keadaan beliau sudah
stabil buat masa ini. Harmonik perempuan beliau masih dalam keadaan
trauma kerana kehilangan ibu tersayang dan juga kerana masih menyusu
badan...

Menyingkap kembali sejarah 3 tahun lepas, Saudara Zuki
pernah kehilangan 3 harmonik serentak dalam kejadian lemas di kampung
beliau di Ulu Mahang, Kulim, Kedah. (Sila
lawat link dibawah.)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Sesungguhnya
dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh Saudara Zuki amat berat terutama
dari segi emosi. Semoga beliau tabah mengharungi kehidupan yang
mendatang. Sumbangan dan pertolongan rakan-rakan amat bererti bagi
beliau yang mungkin tertekan dalam keadaan sekarang.

Derma ikhlas
daripada seluruh warga radio amatur atau sesiapa yang mengenali beliau
boleh disalurkan terus kepada akaun beliau. Berikut adalah butiran akaun
untuk menderma:

Bank : Maybank Berhad
Akaun no :
162049615412
Nama : Mohd Zuki bin Abdul Majid

Dalam
hidup bermasyarakat, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan arwah
XYL serta keluarga kepada Saudara Zuki. Berilah saudara kita ini
kekuatan dan harapan agar tabah menghadapi kenyataan.

Dermalah
seikhlas mungkin, Allah pasti akan membalasnya dengan ganjaran yang
lebih baik…

"Perumpamaan (nafkah
yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan
Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai,
pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran)
bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi
Maha Mengetahui".(2:261)

Al-Fatihah.

5 comments:

黃峻帆 said...

一個人最大的敵人常是自己。 ............................................................

adkinsra said...

我們不是因為快樂而歌唱,而是唱歌使我們快樂........................................

huntb said...

More haste, less speed...................................................................

季玉 said...

失去金錢的人,失去很多;失去朋友的人,失去更多;失去信心的人,失去所有。..................................................................

AlaynaGainer1姿吟 said...

這麼好的部落格,以後看不到怎麼辦啊!!......................................................................